Saturday, October 2, 2010

Bersabarlah...

Pada tarikh 2 Oktober 2010 jam 12 tgh hari bertempat di LT1 UiTM Perlis... Test 2 subjek Kimia dijalankan... Walaupun x berapa susah tp agk memeningkan kepala jugak... Lebih kurang pukul 1.15 test tamat... Aku hantar kertas jawapan walaupun 2 soalan aku x jawab... Aku dh x taw sgt dh.. Huhu.. Hujan turun renyai-renyai ketika aku keluar dari LT tersebut... selepas solat zohor... ak ada lg satu test iaitu subjek Fizik... test tersebut diadakan di Podium... sampai saja di Podium.. hujan turun dengan lebat... suasana di dalam podium sgt sejuk.. dengan hujan lg.. aircond lg.. mcm dh nk menggigil aku.. beberapa minit kemudian Sir Ramani iaitu lecturer Fizik aku sampai.. di terus mengedarkan kertas soalan... apabila aku mendapat kertas soalan tersebut... aku baca semua soalan.. semuanya ada empat soalan... soalan pertama 10 markah.. soalan kedua 5 markah.. soalan ketiga 10 markah dan soalan keempat 10 markah.. jumlah semua 35 markah... kami diberi masa sejam 30 minit untuk menjawab.. aku mulakan dengan membaca soalan satu.. tp... aku x taw langsung nk buat soalan tersebut... aku baca plak soalan kedua.. sama jugak.. aku x taw nk wt jugak.. baca soalan ketiga pn x taw nk wat.. soalan keempat pn x taw... mcm nk nangis dh aku td... otak aku blank sgt ketika 2.. aku tenangkan diri sekejap pastu aku baca sekali lg soalan demi soalan... aku cuba buat jgk.. cuma soalan keempat part (a) je ak bleh wat... huhu... aku pn cuba curi2 tgok kwn sebelah.. tp ak x nak tiru.. cuma nk tgok formula... aku pn dpt tgok formula untuk soalan pertama.. pastu aku buat sendiri.. ntah btoi ke x aku buat... aku cuba plak jawab soalan kedua.. boleh jwb sikit je.. soalan ketiga aku x taw langsung... masa menjawab pun habis.. aku hantar kertas jawapan aku... aku cuma jawab soalan pertama, kedua & keeempat je.. tu pun jwb sikit je.. huhu.. sedih sgt2.. ntah berapa aku akan dapat... tension sgt...huhuhu....

Ujian ALLAH

Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu, yg menciptakan segalanya, yang menjadikan ujian, yg menjadikan sakit hatimu, yg membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu kerana masakan ALLAH sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yg sia-sia, bukan ALLAH tak tahu deritanya hidupmu, tapi mungkin itulah yg DIA mahu kerana DIA tahu hati yg sebeginilah yg selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya...