Wednesday, January 26, 2011

Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki?


Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.
Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?
Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.
Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.
Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.
Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.
Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.
Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.
Tetapi lelaki yang baik, jika tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok-belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita sebagai wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.
Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.
Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.
Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.
Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua. Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.
Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.
Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa. Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.
Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.
Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.
Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.
Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.
Dan kerana tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.
Tetapi kerana ciptaan tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.
Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.
Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah.

Monday, December 6, 2010

Debaran Semakin Terasa...!!!

Maaf lama x update blog ini...intrnet yg slow mnyebabkan susah nk update blog ini...debaran smkin trasa...!!! 10 Disember 2010 dijadualkan result final exam UiTM akan dikeluarkan...huhu...takut dan cemas aku rasa menantikan tibanya 10 Disember...mana taknya...exam ari tu ntah pa2 ak jwb...x leh jwb pn bnyk...tkowtnya aku...apa la result yg akan aku dpat...adakah cemerlang? Baik? Sedehana? Lemah?...x tawu nk ckp...nantikan la bila dh dikeluarkan nanti...doakan agar result yg akan dikeluarkan nnti tidak akan mengecewakan...cuti semester yg hampir 2 bulan ini pn amat membosankan...sebulan sudah berlalu...tp aku rasa aku x memanfaatkan cuti ini sepenuhnya pn...knduri pn bnyk...x larat nk p dh...huhu...dh muak mkn daging...erm...ok la...stakat nie dulu...nanti update lg...daa....

Saturday, October 2, 2010

Bersabarlah...

Pada tarikh 2 Oktober 2010 jam 12 tgh hari bertempat di LT1 UiTM Perlis... Test 2 subjek Kimia dijalankan... Walaupun x berapa susah tp agk memeningkan kepala jugak... Lebih kurang pukul 1.15 test tamat... Aku hantar kertas jawapan walaupun 2 soalan aku x jawab... Aku dh x taw sgt dh.. Huhu.. Hujan turun renyai-renyai ketika aku keluar dari LT tersebut... selepas solat zohor... ak ada lg satu test iaitu subjek Fizik... test tersebut diadakan di Podium... sampai saja di Podium.. hujan turun dengan lebat... suasana di dalam podium sgt sejuk.. dengan hujan lg.. aircond lg.. mcm dh nk menggigil aku.. beberapa minit kemudian Sir Ramani iaitu lecturer Fizik aku sampai.. di terus mengedarkan kertas soalan... apabila aku mendapat kertas soalan tersebut... aku baca semua soalan.. semuanya ada empat soalan... soalan pertama 10 markah.. soalan kedua 5 markah.. soalan ketiga 10 markah dan soalan keempat 10 markah.. jumlah semua 35 markah... kami diberi masa sejam 30 minit untuk menjawab.. aku mulakan dengan membaca soalan satu.. tp... aku x taw langsung nk buat soalan tersebut... aku baca plak soalan kedua.. sama jugak.. aku x taw nk wt jugak.. baca soalan ketiga pn x taw nk wat.. soalan keempat pn x taw... mcm nk nangis dh aku td... otak aku blank sgt ketika 2.. aku tenangkan diri sekejap pastu aku baca sekali lg soalan demi soalan... aku cuba buat jgk.. cuma soalan keempat part (a) je ak bleh wat... huhu... aku pn cuba curi2 tgok kwn sebelah.. tp ak x nak tiru.. cuma nk tgok formula... aku pn dpt tgok formula untuk soalan pertama.. pastu aku buat sendiri.. ntah btoi ke x aku buat... aku cuba plak jawab soalan kedua.. boleh jwb sikit je.. soalan ketiga aku x taw langsung... masa menjawab pun habis.. aku hantar kertas jawapan aku... aku cuma jawab soalan pertama, kedua & keeempat je.. tu pun jwb sikit je.. huhu.. sedih sgt2.. ntah berapa aku akan dapat... tension sgt...huhuhu....